Beranda > BUDAYA, KARYA ILMIAH > Gagasan Melayu Serumpun dalam Konteks Goe-Budaya

Gagasan Melayu Serumpun dalam Konteks Goe-Budaya

OLEH: PROF. DATUK WIRA DR. ABDUL LATIFF ABU BAKAR

PENGARAH INSTITUT PERADABAN MELAYU, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, MALAYSIA

Pertumbuhan Kebudayaan Melayu

Kebudayaan Melayu yang ada sekarang ini sebenarnya telah mengalami proses persambungan dan perubahan (mengikut penyesuaian keadaan) sejak 3,500 tahun dahulu. Sehingga sekarang, kebudayaan Melayu mempunyai identiti yang tersendiri dan Islam memainkan peranan penting dalam menentukan identiti tersebut. Sejak kedatangan Islam di Alam Melayu, lebih kurang 800 tahun dahulu, orang- orang Melayu telah menerima pengaruh Islam di dalam menentukan siapakah yang disebut Melayu itu. Pada zaman penjajahan Inggeris, para penulis, aktivis dan intelek Melayu menanamkan semangat supaya orang-orang Melayu bersemangat „cintakan bangsa (Melayu, agama (Islam) dan tanah air (Tanah Melayu)‟. Di sini, agama Islam telah dijadikan unsur yang amat penting dalam menentukan identiti budaya bagi memperjuangkan hak di tanah air mereka (Abdul Latiff Abu Bakar, Kebudayaan Kebangsaan Dalam Pembinaan Negara Bangsa, 1987, hal. 20-22).

Alam Melayu atau Dunia Melayu yang wujud tidak kurang 3,500 tahun dahulu telah didiami oleh orang-orang Melayu. Di dalam zaman prasejarah ini, orang-orang Melayu mempunyai cara hidup dan sistem masyarakat yang tersendiri. Di samping itu mereka telah menerima berbagai-bagai perkembangan dan pengaruh dari India (hindu-Buddha) sejak 1,500 tahun yang lalu, Arab-Parsi (Islam) sejak 800 tahun yang lalu dan pengaruh Barat sejak 500 tahun yang lalu. Kerajaan yang memperkenalkan Melayu dan menguasai Dunia Melayu ini pada abad ke-7 ialah kerajaan Sri Wijaya, seterusnya diikuti kerajaan Majapahit dan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Sejak tahun 1699, negeri-negeri jajahan Melaka yakni negeri-negeri di Tanah Melayu telah membebaskan diri dan menjadikan pentadbiran negeri masing-masing. Ciri-ciri pentadbiran yang ditinggalkan oleh Melaka telah diikuti di samping itu, agama Islam menjadi agama rasmi.

1

Kebudayaan Melayu yang pada mulanya berasaskan kepercayaananismisme mempunyai nilai yang tersendiri sebelum kedatangan pengaruhkebudayaan luar. Setelah pengaruh kebudayaan luar meresapi masyarakat Melayu, orang-orang Melayu telah menilai dan menyaring mana-mana yang berguna dansesuai diterima oleh masyarakat Melayu.

Sejak 3,500 tahun dahulu, kebudayaan Melayu telah melalui berbagai-bagai ujian, tetapi tidak pula terhapus di rantau ini, bahkan telah disesuaikan dengan cara kehidupan mereka mengikut perubahan masa. Wujudnya kebudayaan Melayu itu sudah dapat membentuk masyarakat yang maju, di samping mempunyai sistem pemerintahan, ekonomi dan agama yang tersendiri. Pengaruh dari luar terhadap masyarakat Melayu yang beku dan primitif tetapi lebih menunjukkan bahawa masyarakat Melayu purba merupakan masyarakat yang maju dan sentiasa terbuka kepada idea-idea baru dari luar.

Kebudayaan Melayu telah mengalami perubahan hasil dari pertembungan dua masyarakat atau budaya (cultural contact) menerusi proses-proses difusi, asimilasi atau penyebatian dan perubahan-perubahan masyarakat yang lainnya. Kebudayaan Melayu yang kita warisi adalah sesuai tanpa merosakkan identitinya dari zaman ke zaman hinggalah ke hari ini. Ia telah berkembang sekian lama dari simple kepada kompleks, mengalami dari semasa ke semasa akibat pertembungannya dengan pengaruh luar. Perkembangan dalam kemajuan hidup dan penyesuaian dengan alam sekeliling merupakan faktor utama perubahan dari dalam (internalistic) masyarakat Melayu sendiri. Perubahan yang dialami oleh masyarakat Melayu ini telah mengakibatkan perubahan kebudayaan, iaitu setelah mengalami proses-proses perubahan atau penyesuaian.

Walaupun daerah-daerah di Alam Melayu telah dikuasai oleh penjajaha-penjajah Eropah (sejak abad ke-16) seperti Portugis di Melaka, Sepanyol di Filipina, Belanda di Indonesia, Inggeris di Tanah Melayu, namun orang-orang Melayu yang berada di daerah-daerah tersebut sudah sebati dengan kebudayaan Melayu. Pengaruh kebudayaan Barat kurang mendapat perhatian (kecuali di Pulau Luzon-Filipina) di kalangan orang-orang Melayu di rantau ini. Ini memandangkan orang-orang Melayu sudah mempunyai sistem kebudayaan yang tersendiri. Pada

2

umumnya, orang-orang Melayu sudah mempunyai identiti kebudayaannya dan paling akhir mereka menerima perubahan dan penyesuaian adalah dari pengaruh Islam.

Zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 telah menjadi model utama terhadap kebudayaan Melayu yang berunsurkan kepada Islam. Di samping menjadi pusat perdagangan di rantau ini, Melaka juga telah menjadi pusat kebudayaan Melaka yang kuat. Melaka mempunyai sistem pemerintahan yang kukuh, udnang-undang (Hukum Kanun) dan sebagainya. Ciri-ciri sistem pemerintahan pula meluas digunakan di negeri-negeri Melayu pada abad ke- 18. Asas kebudayaan yang kuat ini telah ditanamkan kepada anak-anak negeri yang pernah dijajah oleh kerajaan Melayu Melaka, terutama di pesisir Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Ini jelas apabila penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris menakluki Melaka, pengaruh kebudayaan barat dan agama Kristian tidak mendapat perhatian di kalangan masyarakat Melayu.

Lebih-lebih lagi,kedatangan penjajah-penjajah dirantai ini lebih mementingkan lapangan ekonomi (perniagaan dan perdagangan) dari menyebarkan kebudayaan Barat kepada orang-orang Melayu. Melalui Perjanjian Pangkor 1874, jelas menunjukkan bahawa kekuasaan politik pihak Inggeris lebih diutamakan demi untuk menjalankan kegiatan ekonominya secara besar-besaran di Tanah Melayu. Inggeris telah „menguasai‟ negeri ini melalui Residen Inggeris, manakala sultan pula diberikan kuasa atau mengetuai hal-ehwal agama Islam dan menjaga adat resam Melayu. Keadaan ini telah menjadikan kebudayaan Melayu bertambah kukuh dan tidak menerima cabaran yang kuat dari penjajah Inggeris di Tanah Melayu.

Peradaban atau tamadun dunia telah wujud lebih dari 3,500 tahun dahulu dan terkenal dengan Peradaban Arab dan Islam, Peradaban Eropoah, China, India dan Melayu. Pengertian Peradaban Melayu dilihat dari segi “geo-culture” yang menumpukan kepada wilayah atau stok Melayu Austronesia yang terdiri dari umat Melayu yang berada di Gugusan Kepulauan Melayu atau dikenali sebagai „Malay Archipelago‟ atau „Golden Chersonese‟ dan orang Melayu mengenalinya sebagai Rumpun Melayu. Rumpun Melayu ditakrifkan sebagai suatu rumpun bangsa Melayu Austronesia yang mempunyai bahasa Melayu di tuturi lebih kurang 300 juta umat

3

Melayu dan yang ke lima ramainya penutur dalam dunia. Di samping bahasa Melayu, terdapat ratusan bahasa etnik atau suku bangsa Melayu seperti bahasa Jawa, Bugis, Acheh, Minangkabau, Mendeleng, Batak, Kadazan, Iban, Mindanau dan lain-lain. Berdasarkan hakikat, sejarah dan warisan bangsa dan suku bangsa di wilayah ini (dalam konteks makro) terdiri dari orang Melayu di wilayah yang berada di wilayah Rumpun Melayu. Orang Melayu atau dikenali sebagai „Malay Race‟ pula mempunyai pelbagai dan ratusan suku atau etnik bangsa Melayu.

Sebelum wilayah Rumpun Melayu dari Madagaskar hingga ke Taiwan di jajah oleh kuasa barat mulai tahun 1511 oleh Portugis di Melaka, Sepanyol di Filipina, Indonesia pada abad ke-16, Empayar Rumpun Melayu kukuh dan mempunyai kuasa politik dan pentadbiran di bawah Empayar Sri Wijaya dan Majapahit, diikuti Kesultanan Melayu Melaka pada abad 15 dan Empayar Melayu ini mula berpecah dan menjalankan pentadbiran di wilayah-wilaya mereka dengan mengukuhkan institusi Kesultanan Melayu di Tanah Melayu (Malaysia) seperti di Johor, Pahang,Perak, Selangor, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan. Di Indonesia pula tetap berkembang institusi Raja Melayu seperti di Jawa, Kalimantan, Sambas, Acheh, Deli, Serdang, Ambun, Ternate, Riau, Sulawesi, Minangkabau dan lain-lain.

Institusi Raja-Raja dan Kesultanan Melayu berkembang dan berterusan sejak zaman Kesultanan Melayu Acheh di abad ke-13 sehingga sekarang yang berteraskan kepada ajaran Islam. Institusi Raja-Raja Melayu ini mempunyai sistem pentadbiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan yang tersendiri dan bahasa Melayu menjadi pengantar utama dalam pentadbiran, kegiatan ekonomi, agama dan pendidikan.

Bahasa Melayu sebagai pengantar utama di Rumpun Melayu tetap menjadi bahasa penting dan rasmi sehingga mendorong orang Barat menguasai dan menggunakan juru bahasa dan tulis dalam bahasa Melayu dalam menjalankan urusan mereka di wilayah Rumpun Melayu. Pada awalnya, bahasa Melayu (Sanskrit) digunakan dan diikuti bahasa Melayu (Jawi) menggunakan huruf arab yang menjadi bahasa Melayu yang utama sekitar abad 12 sehingga pemerintahan

4

Institusi Kesultanan Melayu berakhir, mulai abad 20, penggunaan bahasa Melayu –tulisan rumi mula mendapat tempat sehingga sekarang.

Umumnya, umat Melayu di Rumpun Melayu tetap bertutur dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi, perniagaan dan ilmu dalam kehidupan hariannya. Di samping itu, terdapat pelbagai bahasa suku atau etnik yang diamalkan dalam kehidupan harian bagi keselesaan dan menggambarkan kepelbagaian golongan suku bangsa yang berada di Rumpun Melayu. Dilihat dari segi sejarah dan warisan, maka bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan kebangsaan di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan Selatan Thailand.

Umat Melayu di Rumpun Melayu kerap mencari ilmu agama Islam di wilayah Rumpun Melayu yang menggunakan bahasa Melayu (Jawi) seperti di Kalimantan,Pattani, Palembang, Melaka, dan Kelantan. Ramai juga umat Melayu yang berbahasa dan budaya Melayu serta agama Islam berhijrah dan merantau di Rumpun Melayu untuk menjalankan kegiatan perniagaan, mendapatkan ilmu, menziarah keluarga dan sebagainya. Ini beza dengan orang India dan Cina yang datang dari benua yang lain yang mempunyai sejarah dan warisan yang berbeza sebagai golongan pendatang (Imigren). Mereka, kemudiannya terpaksa menyesuaikan diri (asimilasi) dengan umat dan penduduk tempatan dan ada pula mengasingkan diri dengan penduduk tempatan dalam satu kelompok yang dikenali sebagai „masyarakat plural‟ yang masih kekal dengan warisan budaya masing-masing.

Berdasarkan sejarah dan warisan umat Melayu di Rumpun Melayu, maka dapatlah kita simpulkan bahawa dari segi „Geo-Culture‟ umat Melayu di dunia ini adalah dari kumpulan atau stok „Melayu Serumpun‟ dan wilayah yang mereka duduki ini dikenali sebagai „Rumpun Melayu‟ yang mempunyai warisan peradaban Melayu yang sangat tinggi nilainya dan setaraf dengan peradaban dunia yang lain. Ini selaras dengan pengertian dan konsep peradaban Melayu yang setara dengan peradaban dunia.

Peradaban atau tamadun Melayu adalah warisan dari Peradaban dunia. Munculnya peradaban yang besar dan masyhur seperti peradaban Yunani, Mesir, China, India dan Islam mempunyai penonjolan yang tersendiri yang terkenal dengan

5

hasil kesenian, falsafah, budaya, ekonomi sesuatu bangsa. Namun, ciri-ciri warisan peradaban yang sejagat (Buku Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, Universiti Malaya, 2006, hal. 5) adalah seperti berikut:

1. Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan atau Madinah.

2. Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya, seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil dan panjang.

3. Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur.

4. Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.

5. Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak-tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan.

6. Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan hidup.

7. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah,kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.

Berdasarkan hakikat ini, Melaka dan wilayah Rumpun Melayu adalah sebuah Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang setaraf dengan warisan peradaban dunia, di mana mempunyai penempatan bandar, kota, kualiti kehidupan yang sempurna, mempunyai sistem organisasi politik, ekonomi, pentadbiran, pendidikan, mempunyai undang-undang, bahasa dan tulisan untuk berkomunikasi, falsafah kesenian, kesusasteraan, sejarah dan nilai estetika yang menggambarkan kekuatan jati diri bangsa Melayu.

Salah satu warisan peradaban Melayu yang menjadi teras kepada jati diri Melayu Serumpun ialah amalan bersopan santun dan berbudi bahasa. Mengikut Datuk Dr. Tenas Effendi bahawa Budaya Melayu sangat menjunjung tinggi nilai

6

kesopanan santunan, yang menjadi salah satu asas jati diri kemelayuan yang terpuji. Ungkapan adat Melayu mengatakan: “Berbuah kayu rendang daunnya, bertuah Melayu terbilang santunnya”. “Elok kayu kerana daunnya, elok Melayu kerana santunnya”. Di dalam pergaulan sehari-hari, kesantunan menjadi tolok ukur untuk menilai seseorang. Betapa pun tinggi kedudukan dan pangkatnya, betapa pun kaya rayanya seseorang, apabila perilaku dan perangainya tidak menampakkan sikap bersopan santun, orang itu tidak akan dihormati. Bahkan sebaliknya, ia akan menjadi ejekan dan cemuhan, bahkan dijauhi oleh masyarakatnya, kerana dianggap menyalahi adat dan budaya Melayu yang menjunjung tinggi dan memuliakan kesopan santunan. Dari kaca mata adat resam Melayu, orang yang tidak memiliki kesopan santunan disebut: “tak tahu adat” atau “tidak beradat”. Sebutan ini amatlah mereka takuti, kerana bermakna orang itu kedudukannya tidak lebih daripada seekor haiwan (Kesantunan Bagi Orang Melayu, Kesantunan dan Semangat Melayu, hal. 1- 2, 2012).

Pentingnya kesopan santunan di dalam kehidupan orang-orang Melayu, menyebabkan mereka berusaha sehabis daya dan upayanya untuk menjadikan dirinya orang yang berbudi pekerti terpuji, berakhlak mulia dengan landasan iman dan taqwa.

Tunjuk Ajar Melayu mengatakan:
“Apalah tanda orang berbudi,
Bersopan santun sebarang pekerti”

“Apalah tanda orang beriman,
Duduknya santun tegaknya sopan”

Selanjutnya dikatakan:
“Apabila hidup hendak selamat,
Berbudi bahasa berhemat cermat”

“Apabila hidup hendak sejahtera,
Sopan dijaga, santun dipelihara”

“Apabila hidup hendak terpandang,
Sopan santun jangan dibuang”

“Supaya hidup beroleh kebahagiaan,
Bersopan santun sebarang kelakuan”

7

Melalui ungkapan yang lain dijelaskan:
“Apabila hidup santun dan sopan,
Duduk beramai banyaklah kawan
Ke laut ke darat tiada halangan
Hidup sejahtera dirahmati Tuhan”

“Apabila kesantunan dijadikan sifat
Dalam bergaul banyak manfaat
Saudara suka sahabat mendekat
Mana yang renggang menjadi rapat,
Mana yang jauh menjadi dekat”

“Apabila kesantunan menjadi pakaian
Berumah tangga beroleh keberkahan
Berkampung halaman terasa nyaman
Berkaum bangsa tiada bersalahan
Hidup dan mati dirahmati Tuhan”

Umat Melayu Serumpun yang mengamalkan warisan budaya Melayu dan sukuan bercakap bahasa Melayu dan bahasa sukuan. Sukuan dan beragama Islam diiktiraf sebagai kelompok yang mempunyai ciri-ciri penting peradaban atau tamadun Melayu. Dilihat dari aspek geo-politik, warisan peradaban Melayu ini bermula dan berkembang sehingga sekarang yang dikenali sebagai warisan peradaban Indonesia dan peradaban Malaysia bagi memberi ruang dan sumbangan warga negara yang lain dan yang bukan beragama Islam. Namun agama Islam, bahasa dan budaya Melayu tetap dominan dalam mempertahankan warisan peradaban Melayu yang berkembang di Rumpun Melayu atau Dunia Melayu dan menjadi pengaruh yang kuat dalam ASEAN (Abdul Latiff Abu Bakar, Seminar di Sawahlunto, Sumatera Barat, 5 Julai 2012, hal. 1-7).

Adalah menjadi tanggungjawab kita terutama pemimpin-pemimpin menghayati warisan peradaban Melayu ini dengan mengenali lebih dekat, mempelajari, mengamalkan dan memperkembangkan dari masa ke semasa serta dari satu generasi ke satu generasi. Peradaban Melayu ini berteraskan kepada gagasan jati diri Melayu Serumpun yang berpaksikan kepada bahasa Melayu, budaya Melayu dan agama Islam. Kita wajib bersatu bagi mengwujudkan perpaduan dan kesatuan Dunia Melayu yang pada dasarnya meletakkan Peradaban Melayu setaraf dengan peradaban dunia.

8

Selaras dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Hujurat (Ayat ke-49);Allah S.W.T menjelaskan bahawa; “Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali”. Di samping itu Allah S.W.T mahukan agar umat Islam bersatu dan “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu (yang berselisih dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”. Sehubungan itu, Allah S.W.T menggesa agar kita tidak membawa cerita-cerita atau berita yang negatif. “Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan) yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu.

Dan adalah menjadi tanggungjawab orang mukmin mengwujudkan perdamaian sesama umat Islam dan ini jelas apabila Allah S.W.T berfirman.. ”apabila ada dua golongan orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya”. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat zalim itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah S.W.T. jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah S.W.T), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlakulah adil. Sesungguhnya Allah S.W.T mencintai orang-orang yang berlaku adil”.

Berdasarkan Surah Al-Hujurat, surah ini boleh dijadikan panduan kepada setiap warga Melayu Serumpun ingat – mengingat agar kita dapat bersatu mengwujudkan kesatuan dan perpaduan di dunia khususnya di kalangan umat di Dunia Melayu dan Dunia Islam. Di lihat dari konteks geo-budaya dan lingkungan warisan peradaban Melayu maka setiap umat Islam di Dunia Melayu dan Dunia Islam hendaklah bertanggungjawab mengukuhkan dan memperkasa warisan peradaban Melayu dengan menyematkan semangat dan kekuatan jatidiri Melayu Serumpun yang berpaksikan kepada ajaran Islam dan nilai-nilai murni yang lain termasuk memperkasakan seni budaya dan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu, bahasa komunikasi, bahasa perdagangan, bahasa pemerintahan pada zaman globalisasi ini.

9

Bagi mengukuhkan dan memperkembangkan warisan peradaban Melayu adalah menjadi tanggungjawab rakyat setiap negara khususnya Melayu Serumpun bersatu dan bijak memilih pemimpin Melayu yang mempunyai pegangan agama Islam yang kuat dan mempunyai jati diri Melayu atau setiap negara terutama Indonesia dan Malaysia yang mempunyai gagasan satu bangsa, satu bahasa dan satu negara.

Sejak Indonesia mencapai kemerdekaan (1945) dan Malaysia (1957) kita menghadapi pelbagai cabaran, dugaan dan perpecahan bagi melayan kehendak demokrasi moden dan ramai yang berjuang tidak berlandaskan kepada perpaduan mengikut kaca mata agama Islam sebaliknya menuntut dan memperjuangkan hak kebebasan dan demokrasi diertikan sebagai menuntut negara sekular yang penuh kebebasan, liberalisme, dasar hak asasi manusia yang tidak bersandarkan ajaran agama Islam dan sebagainya.

Isu-isu dan berita buruk yang cuba memecah-belahkan perpaduan dan kesatuan Dunia Melayu Dunia Islam hendaklah dihindarkan sebaliknya kita perlu menjalinkan hubungan silaturahim dengan kegiatan-kegiatan dan bertukar-tukar seni budaya demi menjaga kepentingan bersama.

Rumpun Melayu telah melahirkan khazanah peradaban Melayu yang sangat tinggi nilainya dan warisan ini telah dibawa oleh warga Melayu Serumpun dari pelbagai suku yang terdiri dari Melayu Jawa, Melayu Minangkabau, Melayu Bugis, Melayu Riau, Melayu Aceh dan sebagainya. Apabila mereka merantau atau berhijrah ke satu tempat di Rumpun Melayu, mereka tetap membawa dan memperkembangkan warisan seni budaya Melayu berteraskan Islam ke tempat yang dituju.

Mereka menjadi juara dan mempunyai kekuatan jati diri Melayu Serumpun ke mana mereka pergi. Kita tidak perlu cemburu dan khuatir akhir warisan ini turutberkembang dan diterima oleh saudara serumpun yang sejiwa dan sesuai memartabatkan warisan seni budaya serumpun. Namun ia tetap berasal dari Indonesia sekiranya ia dikembangkan di Malaysia seperti tarian Endang Kuda Kepang, Tor-t, Gordang Sembilan dan sebagainya. Begitu juga, tarian Melayu dari

10

Malaysia seperti joget dan zapin yang berkembang di Indonesia dan Brunei tetap menjadi warisan bersama. Di atas semangat jati diri Melayu Serumpun yang berteraskan bahasa dan kebudayaan Melayu dan Islam, warisan itu tetap menjadi warisan dan jati diri Melayu Serumpun apabila dilihat dari segi „Geo-Budaya‟.

Bibliografi

1. Abdul Latiff Abu Bakar “Sejarah Pemikiran Konsep Kebudayaan Malaysia, Kebudayaan Kebangsaan Dalam Pembinaan Negara Bangsa Malaysia, Biro Pendidikan UMNO Malaya, 1987.

2. …”Jatidiri Serumpun Dalam Konteks Perpaduan dan Kesantunan Umat Islam”, Seminar Hubungan Kebudayaan Malaysia-Indonesia, Sawahlunto, Sumatera Barat, Indonesia, 5 Julai 2012.

3. …”Jati diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia, Institut Peradaban Melayu, UPSI dan GAPENA, 2012.

4. Kesantunan dan Semangat Melayu, Datuk Dr. Tenas Effendy, Yayasan Tenas Effendy, 2012)

5. Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, Penerbit Universiti Malaya, 2006.

6. ….”Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka dan Sulalatus Salatin Dalam Peradaban Malaysia”, Jabatan Seni Visual Malaysia, 2012.

Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Internasional Festival Seni Melayu Asia Tenggara, pada 28 November 2012 di Institut Seni Indonesia, PadangPanjang, Sumatera Barat, Indonesia.

Kategori:BUDAYA, KARYA ILMIAH
  1. Belum ada komentar.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: